Untuk siapa artikel ini?
Peniaga dan juruwang StoreHub yang menggunakan terminal untuk menerima bayaran kad di kaunter.
Gambaran Keseluruhan
Artikel ini menunjukkan cara menerima bayaran kad dengan terminal, cara membatalkan bayaran yang masih dalam proses, cara void bayaran yang telah selesai dalam shif yang sama, dan apa yang perlu dilakukan jika POS menunjukkan timeout tetapi anda tidak pasti sama ada pelanggan telah dicaj.
Jika terminal anda belum disediakan, lihat 'Cara Menyediakan Terminal StoreHub Pay dan Dock Pengecas' terlebih dahulu.
Sebelum Anda Mula
Terminal anda dihidupkan dan memaparkan skrin utama StoreHub Pay.
Terminal disambungkan ke WiFi atau 4G - semak bahawa ikon sambungan kelihatan di bahagian atas skrin.
sistem POS anda telah sync dengan BackOffice dan 'StoreHub Pay' muncul sebagai kaedah pembayaran.
Panduan Langkah demi Langkah
Membuat Bayaran Kad
1. Buat pesanan pada StoreHub POS seperti biasa dan tap 'Charge'.
2. Pada skrin pembayaran, pilih 'StoreHub Pay'. Nama pada butang itu mungkin berbeza jika akaun anda telah menetapkan nama tersuai untuknya.
3. Terminal akan menyala dan memaparkan jumlah bayaran bersama mesej 'Tap, insert, or swipe card'.
4. Serahkan terminal kepada pelanggan atau letakkan di lokasi yang mudah dicapai. Minta mereka membuat pembayaran menggunakan salah satu kaedah berikut:
Tanpa sentuh — tap kad atau telefon (Apple Pay, Google Pay, Samsung Pay) pada terminal.
Chip — masukkan kad ke dalam slot chip di bahagian bawah terminal. Pelanggan memasukkan PIN mereka jika diminta.
Jalur magnet — swipe kad melalui slot di sisi terminal.
5. Terminal memaparkan 'Authorizing'. Tunggu keputusan. Jangan ganggu terminal semasa ia sedang memproses.
5. Keputusan akan dipaparkan pada terminal dan POS: - 'Approved' — resit dicetak secara automatik daripada pencetak resit POS anda. Butiran bayaran kad disertakan sebagai sebahagian daripada resit transaksi penuh.
'Declined' — POS akan menunjukkan sebabnya. Minta pelanggan cuba semula atau guna kaedah pembayaran lain.
Nota: Sama ada resit dicetak secara automatik bergantung pada tetapan pencetakan resit pada StoreHub POS anda. Jika anda telah mematikan pencetakan resit automatik, anda masih boleh mencetak resit secara manual dari POS.
Membatalkan Bayaran Yang Sedang Diproses
Jika anda memulakan bayaran secara tersilap atau pelanggan ingin menggunakan kaedah pembayaran lain, anda boleh membatalkan bayaran semasa ia masih berada pada terminal.
1. Semasa POS memaparkan 'Payment processing...', tap 'Cancel' pada POS atau pada terminal.
2. Terminal akan kembali ke skrin utama. Pelanggan tidak dicaj.
Nota: Anda hanya boleh membatalkan semasa terminal sedang menunggu kad. Sebaik sahaja pelanggan telah tap, masukkan, atau swipe, bayaran tidak boleh dibatalkan — hanya boleh di-void selepas itu. Lihat bahagian seterusnya.
Void Bayaran Yang Telah Selesai (Hari Sama, Shif Sama)
Void ialah pembalikan penuh yang memulangkan keseluruhan jumlah ke kad pelanggan. Gunakan ini apabila jumlah yang salah telah dicaj atau pelanggan berubah fikiran sebaik sahaja selepas membuat pembayaran.
Void hanya boleh dilakukan jika semua perkara berikut adalah benar:
Transaksi diselesaikan pada hari yang sama dan shif yang sama.
Terminal dalam talian — void dihantar terus ke terminal dan akan gagal jika terminal tidak dapat dihubungi.
1. Pada StoreHub POS, pergi ke skrin 'Transactions'.
2. Cari dan tap transaksi yang telah selesai yang anda mahu void.
3. Tap 'Cancel Transaction'.
4. Pilih sebab pembatalan daripada senarai.
5. Sahkan pembatalan.
6. POS menghantar void ke terminal dan menunjukkan pengesahan apabila ia selesai. Jumlah penuh dikreditkan semula ke kad asal pelanggan.
Nota: Jika transaksi adalah dari hari yang berbeza, atau shif telah ditutup, POS tidak akan membenarkan anda membatalkan transaksi. Dalam kes itu, keluarkan refund menggunakan kaedah pembayaran lain (contohnya, tunai).
Mengendalikan Timeout POS Apabila Bayaran Kelihatan Berjaya
Kadangkala POS menunjukkan timeout atau ralat, tetapi pelanggan percaya bayaran telah berjaya - contohnya, mereka nampak 'Approved' pada terminal tetapi POS tidak.
Apabila ini berlaku, terminal ialah sumber kebenaran - bukan POS.
Nota: Jangan caj pelanggan sekali lagi sehingga anda telah mengesahkan keputusan pada terminal. Mengecaj sekali lagi sebelum menyemak boleh mengakibatkan caj berganda.
1. Pada terminal, buka 'Transaction History'.
2. Cari transaksi mengikut jumlah dan masa.
3. Semak keputusan dan ikuti tindakan yang sepadan:
Keputusan pada terminal | Apa yang perlu dilakukan |
Approved | Pelanggan telah dicaj dengan berjaya. Selesaikan pesanan pada POS tanpa mengambil bayaran sekali lagi. |
Declined | Pelanggan tidak dicaj. Selamat untuk cuba semula bayaran. |
Refunded | Bayaran telah di-refund. Selamat untuk cuba semula. |
Akses & Kebenaran Kakitangan
1. Bolehkah kakitangan void transaksi tanpa kelulusan pengurus?
Ia bergantung pada akses juruwang mereka. Kakitangan dengan akses juruwang yang terhad tidak boleh void transaksi sendiri. Anda mengawal ini dalam tetapan POS anda — lihat 'Cara Mengurus Pekerja Anda' untuk langkahnya.
2. Adakah terdapat tetapan kebenaran pengguna untuk tahap kakitangan yang berbeza?
Terminal itu sendiri tiada kebenaran kakitangan yang berasingan, kerana tiada tindakan berlaku pada terminal sahaja — setiap bayaran atau pembatalan bermula dari StoreHub POS. Oleh itu, akses kakitangan dikawal oleh penyediaan POS anda, bukan terminal.
3. Bolehkah saya menjejaki transaksi mengikut kakitangan?
Boleh. Seperti kebenaran di atas, kakitangan yang dikaitkan dengan bayaran kad ialah juruwang yang menyelesaikan jualan pada POS. Anda sudah boleh melihat ini hari ini pada halaman butiran transaksi dalam StoreHub POS anda.
Penyelesaian Masalah
Masalah | Penyelesaian |
Bayaran ditolak tanpa sebab yang jelas | Minta pelanggan mencuba kad atau kaedah pembayaran lain. Penolakan berulang pada kad yang sama biasanya masalah pengeluar kad, bukan masalah terminal. |
Resit tidak dicetak selepas bayaran diluluskan | Semak gulungan kertas dalam pencetak resit yang disambungkan ke POS anda. Gantikan jika ia kosong. Kemudian cetak semula resit dari skrin 'Transactions' POS. |
'Cancel Transaction' kelabu (tidak boleh ditekan) pada POS | Transaksi adalah dari hari sebelumnya atau shif telah ditutup. Keluarkan refund menggunakan kaedah pembayaran lain sebaliknya. |
Soalan Lazim
1. Bolehkah terminal memproses transaksi di luar talian?
Tidak. Terminal StoreHub Pay memerlukan sambungan internet untuk menerima bayaran - ia tiada mod luar talian. Terminal StoreHub Pay berfungsi pada WiFi dan 4G. Kami menyediakan 4G untuk anda, jadi walaupun WiFi di kedai anda terputus, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan 4G untuk menerima bayaran.
2. Bagaimana refund berfungsi?
Refund dilakukan dengan void transaksi pada StoreHub POS anda, dan ini hanya boleh dilakukan pada hari yang sama dan dalam shif yang sama dengan bayaran asal. Sebaik sahaja refund diproses, jumlah itu dipulangkan ke akaun bank pelanggan anda serta-merta.
3. Apa yang berlaku jika kad pelanggan ditolak?
Terminal dan POS kedua-duanya memaparkan 'Declined'. Pelanggan tidak dicaj. Minta pelanggan cuba semula atau ambil bayaran dengan cara lain.
4. Apa maksud 'Authorizing' pada terminal?
Terminal sedang menghantar bayaran untuk kelulusan. Ini biasanya mengambil masa beberapa saat. Jangan ganggu terminal pada masa ini.
5. Pelanggan kata mereka dicaj dua kali — apa yang patut saya buat?
Buka 'Transaction History' dan semak berapa banyak transaksi 'Approved' yang muncul untuk jumlah dan masa itu. Jika ada dua, void yang berganda dari skrin 'Transactions' POS jika ia adalah hari dan shif yang sama. Jika ia dari hari yang lebih awal, hubungi Pasukan Sokongan StoreHub.
Perlukan Bantuan?
Hubungi Pasukan Sokongan StoreHub melalui live chat dalam aplikasi StoreHub anda atau e-mel [email protected].

